Wednesday, 24 August 2016

Anda patut elakkan makanan dan tabiat pemakanan sebegini ketika hamil ok


Nak tanya sikitlah. Anda ada nafsu makan makanan luarbiasa semasa hamil? Bohonglah kalau anda tak pernah alaminya dan kemudian anda bagitau yang berat badan tambahan itu ialah berat bayi kandungan anda. Tolonglah elak makanan sebegini dan tabiat pemakanan luarbiasa semasa mengandung. Minta maaf ya sebab kehamilan bukanlah alasan untuk anda menjamu selera segala macam manisan dan jajan yang tak berkhasiat sehingga kesihatan diri terabai. Semasa hamil anda akan memerlukan kira-kira 300 kalori tambahan sehari, yang anda boleh dapatkan melalui pilihan makanan bernutrisi - bukannya jajan bergula atau bergaram berlebihan yang sifar kalorinya.


Jika anda alami rasa keloyaan nak muntah, pedih ulu hati atau ketidakselesaan fizikal ketika mengandung, cubalah makan makanan dalam kuantiti yang kecil sepanjang daripada makan dalam kuantiti yang banyak hanya 2-3 kali sehari. Ini dapat megurangkan tahap makan anda kerana anda akan rasa kenyang seharian. Berat badan yang terlalu sedikit atau terlalu banyak mampu meningkatkan risiko kesihatan diri dan kandungan anda. Cadangan semasa daripada Institute Of Medicine berkaitan kenaikan berat badan dengan status pra-kehamilan BMI (Body mass index) anda adalah seperti berikut:


Apa makanan dan tabiat makan untuk mengelakkan semasa mengandung Sebaiknya anda perlu mengelakkan alkohol, merokok dan dadah yang tidak dibenarkan. Bagitau doktor anda tentang apa-apa preskripsi perubatan atau farmasi yang anda ambil untuk menentukan sama ada ia selamat semasa hamil atau jika anda perlu alternatif atau tidak ambil ubat sama sekali.


Elakkan merkuri yang biasa ada dalam ikan tertentu, termasuk ikan todak, tilefish, ikan kembung dan ikan yu. Jangan makan daging mentah atau kurang masak, dan hadkan kafein untuk tidak lebih daripada satu soda atau 6 oz cawan kopi setiap hari, yang biasanya mengandungi kurang daripada 200 miligram kafein, untuk kurangkan risiko keguguran.
Ini juga bukan masa untuk kerap ke deli kegemaran anda. daging yang diproses seperti daging deli dan sosej, susu tak dipasteurize dan keju lembut, daging sediaan dan tidak dimasak, ayam dan kerang-kerangan boleh mengandungi bakteria yang menyebabkan penyakit dipanggil listeriosis, yang amat berbahaya kepada anda dan bayi anda semasa kehamilan. Simptom seperti selesema boleh muncul beberapa minggu selepas pencemaran dan jika anda dijangkiti, penyakit ini boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran mati. Bagitau doktor anda jika anda mengalami jenis gejala. Jika listeriosis ditemui, anda dan bayi anda boleh dirawat dengan antibiotik.

Nafsu memakan makanan yang luar biasa Mungkin anda pernah mendengar sesetengah wanita hamil keinginan atau sebenarnya makan tanah liat, ais atau kanji jagung (antara lain). Keadaan ini dipanggil pica dan melibatkan makan bahan-bahan bukan makanan, termasuk batu! Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan apa yang menyebabkan wanita mengidamkan barangan bukan makanan dan jika anda mempunyai keinginan ini, berbincang dengan doktor anda. Kebanyakan wanita dengan pica enggan mendedahkan ini kepada doktor mereka, tetapi ia adalah penting untuk membincangkan risiko pica untuk anda dan bayi anda.


Mengenai ketagihan makanan, kehamilan adalah masa untuk sekali-sekala memanjakan nafsu makan makanan yang munasabah selagi majoriti diet anda sihat untuk anda dan keperluan pemakanan bayi anda. Makan dengan baik dan hidup dengan baik! Dan anda jangan lupa untuk mengelakkan makanan ini dan tabiat pemakanan semasa mengandung.


Selamat menjamu selera dengan cara yang sihat untuk anda dan bayi anda!

Tuesday, 23 August 2016

Melancong ketika mengandung? Ianya tidak mustahil!


Ke mana destinasi pelancongan anda kali ini...Seoul, Hong Kong atau Bali?






Suka saya nak bagitau bahawa dengan sedikit persiapan, anda yang mengandung masih boleh melakukan perjalanan jauh dengan selamat. Akan tetapi risiko dan cabarannya masih ada ya. Anda boleh menghadapi risiko jangkitan kuman/virus atau mendapat komplikasi teruk daripada sesetengah jangkitan di mana kandungan juga boleh dijangkiti. Sebab itu pentingnya berbincang dengan doktor atau klinik kesihatan anda mengenai pelan perjalanan anda, sebaiknya 6 minggu sebelum anda pergi melancong.

Waktu perjalanan yang paling selamat adalah di antara minggu ke 18 dan 24 minggu kehamilan. Kecemasan obstetrik paling biasa berlaku dalam minggu pertama dan ke 3 kehamilan. Apabila anda membuat keputusan untuk melancong ke luar negara, pastikan keputusan itu dilakukan bersama doktor atau klinik kesihatan anda. Elok kita berbincang tentang tujuan perjalanan, destinasi anda, jangka masa perjalanan, aktiviti-aktiviti yang dirancang, rawatan perubatan dan komplikasi berkaitan kehamilan dan kemudahan kesihatan di negara yang ditujukan.



Saya syorkan anda dapatkan pelan insuran kesihatan pengembara dan telitilah polisi serta perlindungan yang ditawarkan. Sebab kebanyakan polisi insurans tidak melindungi keadaan kehamilan secara otomatik atau penjagaan hospital untuk bayi pra-matang.

Vaksin - secara umumnya anda dinasihatkan mengelak daripada suntikan vaksin hidup seperti measles, rubella dan mumps. Tetapi vaksin tidak aktif seperti hepatitis B adalah selamat. Semua keputusan untuk mendapatkan rawatan vaksinasi ketika mengandung adalah tertakluk kepada penilaian doktor atau klinik kesihatan anda. Ianya mengambil kira keadaan kesihatan diri anda, destinasi dan jangka masa perjalanan dan risiko daripada jangkitan penyakit. Malaria dan zika boleh menjadi masalah kesihatan untuk anda dan kandungan anda. Eloklah anda mengelak kawasan sebaran di mana ia berlaku.



Risiko Pengangkutan
Sentiasa gunakan tali pinggang keselamatan ketika menaiki kapal terbang, kereta atau pun tren. Pastikan kedudukan tali pinggang anda diletakkan di atas dan bawah perut secara selamat. Untuk perjalanan udara, anda boleh mengembara dengan selamat sehingga 36 minggu matang. Kebanyakan syarikat penerbangan menyekat perjalanan pada lewat kehamilan atau anda perlu dapatkan pengesahan bertulis daripada doktor. Semaklah dengan syarikat penerbangan itu mengenai keperluan mereka sebelum anda menempah tiket. Anda berisiko tinggi mendapat darah beku atau trombosis vena dalam (DVT). Risiko DVT boleh dikurangkan dengan bangun dan sesekali berjalan, bersenam dan meregangkan kaki anda semasa duduk dan pilihlah tempat duduk lorong. Pakailah kasut yang selesa dan pakaian yang longgar. Selebihnya doktor anda boleh cadangkan cara-cara tambahan untuk  kurangkan risiko.



Mabuk - Ubat tertentu yang digunakan untuk merawat loya dan muntah semasa mengandung juga berkesan dalam melegakan mabuk. Jika anda berkemungkinan mabuk ketika melancong, jumpa doktor anda untuk perbincangan lanjut tentang penggunaan ubat-ubat ini.

Risiko Alam Sekitar dan Rekreasi
Anda haruslah berbincang rancangan perjalanan anda, termasuk aktiviti-aktiviti rekreasi yang dirancang dengan doktor anda di mana ada yang tidak disyorkan atau ada yang perlukan langkah berjaga-jaga tambahan.






Aras Tinggi - Seeloknya elakkan berada pada ketinggian diatas 3658 meter (12,000 kaki). Bagi yang berisiko tinggi dan di peringkat akhir kehamilan, pendedahan ketinggian harus dihadkan tidak lebih daripada 2500 meter (8200 kaki) untuk mengelakkan komplikasi yang mungkin berlaku. Saya ingatkan anda bahawa kebanyakan destinasi aras tinggi adalah jauh daripada kemudahan perubatan yang lengkap.




Langkah-langkah Perlindungan Diri
Penyakit-penyakit bawaan makanan dan bawaan air. Anda perlu hati-hati dan amalkan langkah waspada terutamanya makanan dan air. Banyak penyakit-penyakit tersebut boleh menjadi lebih serius semasa hamil dan boleh menimbulkan risiko kepada bayi kandungan. Amalkan basuh tangan sebelum makan atau memasak dan cuci tangan gunakan sabun selepas keluar tandas, menukar lampin bayi atau bersentuhan dengan haiwan atau pesakit. Pastikan anda minum air yang dimasak atau air botol komersial seperti air mineral atau air bertapis.

Elakkan menggunakan iodin untuk tujuan pembersihan air untuk jangka masa lama kerana ianya boleh menyebabkan janin atau bayi mengalami masalah tiroid. Juga jauhkan daripada produk tenusu yang tidak dipastuer dan daging/ikan mentah yang tidak dimasak sepenuhnya. Jika anda alami cirit birit secara berterusan maka hendaklah berjumpa doktor dengan segara. Jangan gunakan subsalicylate bismut untuk merawat cirit birit.



Serangga dan Penyakit Haiwan
Melindungi diri anda daripada gigitan serangga menggunakan kelambu, penghalau serangga (repellent) dan pakaian perlindungan. Jauhkan dari menyentuh haiwan termasuk kucing, anjing, ular, monyet, tikus, burung dan kelawar walaupun ianya mungkin haiwan peliharaan.

Pek Kit Kesihatan
Anda juga boleh membungkus barangan seperti krim, vitamin pra-natal, ubat-ubatan jangkitan yis dan hos sokongan sebagai tambahan. Doktor anda boleh berikan cadangan tambahan.

Pantau Kesihatan Anda
Diingatkan supaya anda dapatkan rawatan perubatan segera jika anda alami mana-mana gejala berikut semasa melancong: muntah berterusan/cirit-birit, dehiderasi (kurang air dalam badan) pendarahan faraj, sakit perut/kekejangan, pengecutan, bengkak kaki, migrain atau gelap mata. Bagitau doktor secara terperinci tempoh dan kekerapan gejala yang dialami dan juga di mana ia bermula supaya doktor dapat gambaran yang jelas situasi kesihatan anda sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.



Kesimpulannya anda perlu perancangan dan persediaan rapi sebelum melakukan perjalanan anda. Dapatkan nasihat/cadangan doktor anda jika kurang pasti. Bila segalanya telah dibuat maka anda akan pasti dapat menikmati perjalanan anda dengan selamat dan penuh ceria tanpa risau atau masalah. Selebihnya berdoa dan tawakkallah dengan ketentuanNya.




Selamat bercuti dan go enjoy yourself! InshaAllah.



Thursday, 18 August 2016

Pengalaman Anak Kedua

Kali ini saya nak kongsi pengalaman menjaga anak kedua yang lebih suka minum susu badan ibunya daripada susu formula. Dia menyusu badan dari lahir sehingga umurnya mencecah 3 tahun sedangkan abangnya berhenti minum susu badan ketika umur 1 tahun. Bila ada peluang dia akan mencari ibunya (ketika di rumah) untuk menyusu dan alhamdullillah dengan anak kedua ini isteri saya mempunyai susu badan yang mencukupi. Memang perangainya lebih manja bila bersama ibunya berbanding abangya yang lebih independent.

Pengalaman Anak Pertama

Teringat pengalaman ketika bersama isteri menjaga anak sulung kami. Berat badannya 3.3kg dan sudah tentu perlukan susu yang mengeyangkan. Malam-malam tidur saya terganggu dengan tangisan anak yang kelaparan susu. Isteri pula kurang susu badan maka sayalah yang bangun bancuh susu formula dalam botol dan susukan anak (guna penyukat susu khas). Kesian kat isteri saya yang juga macam saya bekerja pejabat di siang hari. Tapi saya tak kisah asalkan dapat tidur balik dan seronok tengok ibu dan anak sihat dan ceria di siang hari nanti.




9 Kemuliaan Seorang Ibu dalam Islam

KLIK LINK DI BAWAH UTK KETAHUI DGN LEBIH LANJUT...

9 Kemuliaan Seorang Ibu dalam Islam

Monday, 15 August 2016

Harga Jualan Moeder milk booster

Cuma rm99 seunit untuk Semenanjung dan rm109 seunit untuk Sabah & Sarawak. 
Sila whatsapp 0192044582 untuk buat tempahan.

Produk susu kambing ramuan sunnah Moeder


Produk susu kambing ramuan bahan-bahan makanan sunnah yang berkualiti untuk ibu-ibu hamil dan bayi-bayi comel yang menyusu badan. Inilah Moeder milk booster.